Ahad, 17 April 2011

Pembahagian harta pusaka

Pembahagian Harta Pusaka

Pengenalan

Apabila si mati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai RM600,000.00 ke bawah, warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka
Kecil, 1955. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dimana letaknya sebahagian besar dari harta pusaka tersebut. Sekiranya simati hanya meninggalkan harta alih seperti wang, barang emas, kenderaan atau pusaka bernilai lebih dari RM600,000.00
permohonan pembahagian pusaka hendaklah dikemukakan di Pejabat Pentadbir Pusaka, di Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

Dokumen Sokongan

  1. Dua (2) salinan Surat Akuan Kematian/Permit Pengkebumian/Surat Perakuan
    Sumpah/Perintah Anggapan Kematian yang telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Hospital/
    Balai Polis dan Nombor Kad Pengenalan simati.
  2. Salinan asal Dokumen Hakmilik Tanah (Geran Tanah) atau Surat Perjanjian Jual Beli mengikut nama yang berkenaan.
  3. Salinan resit Cukai Tanah terkini.
  4. Salinan resit Cukai Harta terkini.
  5. Kad Pengenalan (asal dan salinannya), waris-waris atau Surat Beranak asal bagi waris berumur kurang dari 12 tahun (jika ada).
  6. Surat Pengesahan Bank/Institusi Kewangan/Perbendaharaan Negeri/Malaysia sekiranya Hakmilik dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan. Sertakan Surat Perjanjian dengan Institusi Kewangan yang berkenaan (jika ada).
  7. Maklumat mengenai hutang piutang simati dengan pihak-pihak lain (jika ada).

Borang

  1. Borang A bagi permohonan baru. (Lampiran A)
  2. Borang P bagi permohonan ulang bicara. (Lampiran B)

Bayaran

Permohonan baruRM10.00 setiap satu
Permohonan ulang bicaraRM10.00 setiap satu
Bayaran PerintahRM10.00 setiap satu
Bayaran Pendaftaran atas tiap-tiap satu HakmilikRM30.00 setiap satu
Salinan PerintahRM2.00

Perbicaraan

Seboleh-bolehnya semua waris hadir pada tarikh perbicaraan kecuali mereka yang tidak menuntut haknya, yang telah menyerahkan bahagian kepada waris-waris lain dengan menggunakan Surat Persetujuan (sila lihat Lampiran C).
Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, perbicaraan boleh dijalankan mengikut budi bicara Pentadbir Pusaka Kecil. Harta Pusaka akan dibahagikan mengikut perkiraan faraid bagi orang Islam atau mengikut pembahagian yang telah dipersetujui secara sepakat oleh waris-waris.
Bagi orang bukan Islam, yang meninggal tanpa membuat wasiat pembahagian pusaka ditetapkan di bawah Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 - Akta A 1004 - (sila lihat Lampiran D).
Sekiranya simati ada membuat wasiat, pembahagian pusaka adalah mengikut yang diwasiatkan.
Mereka yang menghadiri perbicaraan hendaklah kemukakan kad pengenalan sebelum perbicaraan dimulakan supaya dapat dicatit nama pihak-pihak yang hadir.

Ulang Bicara

Permohonan Ulang Bicara dengan menggunakan Borang P boleh dikemukakan apabila :
  1. Terdapat harta pusaka yag ditinggalkan dan tidak disenaraikan semasa perbicaraan kali pertama (harta tertinggal).
  2. Waris yang dilantik sebagai Pentadbir semasa perbicaraan kali pertama telah dapat menyelesaikan salah satu dari perkara-perkara berikut :
    1. Telah menyelesaikan hutang piutang simati, atau
    2. Telah dapat menyelesaikan perbalahan dikalangan waris-waris, atau Bagi tanah yang terletak dalam rancangan FELDA, atau dalam Rancangan Penempatan Beramai-ramai (Tanah GSA) telah dapat mencapai persetujuan bersama mengenai nama seorang waris sahaja yang diwarisi tanah berkenaan.
      (Perkara ini ditetapkan dalan Undang-undang Tanah Penempatan beramai-ramai).
  3. Untuk melepaskan perlantikan seseorang sebagai Pemegang Amanah kepada seorang waris yang dahulunya belum dewasa, supaya pusaka berkenaan dapat diturun milik kepada waris yang kini telah cukup umur.
  4. Terdapat waris yang tertinggal. Perbicaraan hanya boleh dilakukan sekiranya kes belum
    selesai, dimana pembahagian belum diputuskan dan belum diendoskan pada hakmilik tanah.

Ubahsyarat Pertanian - Bangunan - Industri

Kuasa Meluluskan


Ubahsyarat kepada:
Pam Minyak
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Hospital Swasta
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Kompleks Perniagaan
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Padang Golf
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Sekolah Memandu
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Pusat Pemeriksaan Kenderaan
Majlis Mesyuarat Kerajaan
Kedai
Pengarah Tanah dan Galian
Rumah Kediaman
Pengarah Tanah dan Galian

Bayaran


Bayaran Permohonan
RM10.00 setiap Hakmilik
Bayaran Endosmen
RM30.00 setiap Hakmilik
Dari Pertanian kepada Rumah
RM50.00
Dari Pertanian kepada Kedai
RM100.00
Dari Tiada kepada Rumah
RM40.00
Dari Rumah kepada Kedai
RM50.00
Dari Tiada kepada Kedai
RM80.00
Dari Rumah Separuh Kekal kepada Kekal
RM20.00
Dari Pertanian kepada Pawagam/Pam Minyak/Hotel/Supermarket/Emporium dan tujuan komersial
RM500.00
Dari Tapak Rumah/Bangunan kepada Pawagam/Pam Minyak/Hotel/Supermarket/Emporium dan tujuan komersial
RM500.00
Dari Tiada kepada Pawagam/Pam Minyak/Hotel/Supermarket/Emporium dan tujuan komersial
RM300.00

Dokumen Yang diperlukan:


Sekiranya pemohon terdiri dari individu:
  • Borang Permohonan (diperolehi dari Pejabat Tanah)
  • Salinan Dokumen Hakmilik yang diakui sah
  • Salinan Resit Cukai Tanah terkini
  • Surat kebenaran Pemegang Gadaian/Kaveat Lien/Kaveat Pajakan/Sewaan Bebas Daftaran.
  • Borang Butir Diri Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
Sekiranya tanah dimiliki oleh sebuah syarikat:
  • Dokumen (i) hingga (v)
  • Resolusi Syarikat
  • Memorandum and Artiles of Association
  • Senarai Ahli Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
  • Penyata Pembahagian Saham (Form 24) dan Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.



Kuasa Meluluskan        Majlis Mesyuarat Kerajaan
Skop
      Semua jenis hakmilik
Bayaran
      Bayaran permohonan ialah RM10.00 setiap hakmilik. Bayaran Ubahsyarat :
  • Dari Pertanian kepada Industri
RM500.00
  • Dari Pertanian kepada Pelancongan
RM500.00
  • Dari Bangunan kepada Industri
RM500.00
  • Dari Industri kepada Industri
RM300.00
  • Dari Tiada kepada Industri
RM300.00

Dokumen Yang Diperlukan:

Sekiranya pemohon terdiri dari individu :

  • Borang Permohonan (diperolehi dari Pejabat Tanah)
  • Salinan Dokumen Hakmilik yang diakui sah
  • Salinan Resit Cukai Tanah terkini
  • Surat kebenaran Pemegang Gadaian/Kaveat Lien/Kaveat Pajakan/ Sewaan Bebas Daftaran
  • Borang Butir Diri Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah

Sekiranya tanah dimiliki oleh sebuah syarikat:

  • Dokumen (i) hingga (v)
  • Resolusi Syarikat
  • Memorandum and Articles of Association
  • Senarai Ahli Lembaga Pengaran (Form 49) ysng disahkan oleh Setiausaha Syarikat
  • Penyata Pembahagian Saham (Form 24) dan Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat

Cara`cara Pecah sempadan Tanah

Pecah Sempadan

Pengenalan
Proses memecah bahagian atau memecah sempadan tanah membolehkan pemiliknya memecahkan tanah kepada beberapa unit kecil. Ini dilakukan apabila pemilik berhasrat membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan yang lebih produktif atau untuk menjual atau memindahmilik sebahagian daripada tanah yang dimiliknya kepada pihak-pihak lain.
Untuk tanah pertanian luas minima setelah dipecahkan hendaklah tidak kurang dari satu ekar yang bersamaan dengan lebih kurang 0.4 hektar, manakala bagi tanah kegunaan lain hendaklah mengikut keluasan minima yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan, pemilik perlu memohon ubahsyarat selepas memecahkannya. Misalnya tanah pertanian yang hendak dibangunkan untuk perumahan dan perniagaan perlu diubahsyarat secara berasingan kepada kegunaan-kegunaan baru, oleh kerana syarat serta cukai adalah berlainan bagi kedua-dua kegunaan tersebut. Oleh itu pemilik atau pemilik-pemilik perlu memecahkan tanah kepada beberapa lot yang lebih kecil, selaras dengan kehendak Undang-undang yang berkuatkuasa, diikuti dengan permohonan ubahsyarat dengan mengasingkan lot untuk perumahan, lot untuk kegunaan pertanian dan kegunaan-kegunaan lain.
Perbezaan antara permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan ialah bagi pecah bahagian, kesemua nama pemilik yang terdapat di atas hakmilik asal akan didaftarkan di atas setiap Hakmilik unit baru. Pecah Sempadan pula bermakna nama yang berasingan akan didaftarkan atas Hakmilik baru yang berasingan.
Penyatuan Tanah:
Selain dari itu jika pihak mempunyai beberapa keping tanah yang bersebelahan, yang berpegang dengan jenis Hakmilik yang sama, syarat-syarat Nyata dan kegunaan yang sama, tanah-tanah tersebut boleh dicantumkan menjadi satu di bawah proses yang disebut Penyatuan Tanah.
Untuk kemudahan, pemilik pada lazimnya melantik Jurukur Berlesen untuk mengukur tanah dan mengemukakan (bagi pihaknya) permohonan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, atau Penyatuan Tanah ke Pejabat Tanah.
Kuasa Meluluskan
  • Pengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar.
  • Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.

Borang Yang Digunakan

Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan Tanah
Borang 9A
Permohonan Untuk Memecahkan Bahagian Tanah
Borang 9B
Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
Borang 9C

Bayaran

Bayaran Pelan
RM10.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Sementara
RM20.00 seplot
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Kekal
RM20.00 seplot
Bayaran Ukur
Sila lihat Jadual Bayaran Ukur

Dokumen Yang Perlu Disertakan:
Bagi Permohonan Perseorangan
Empat (4) salinan :-
  1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
  2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
  3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
  4. Lima belas (15) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
  7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah (jika menggunakan perkhidmatan Jurukur Berlesen).
  8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan (jika berkaitan).
  9. Resit bayaran permohonan RM30.00 seplot.
  10. Satu (1) salinan borang butir-butir diri pemohon.
  11. Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Bagi Permohonan Syarikat
Satu (1) salinan :-
  1. Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
  2. Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
  3. Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah.
  4. Satu (1) salinan pelan.
  5. Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
  6. Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
  7. Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah.
  8. Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan.
  9. Satu (1) salinan resit bayaran permohonan sebanyak RM30.00
  10. Satu (1) salinan Resolusi Syarikat.
  11. Satu (1) salinan Perlembagaan/Memorandum dan Articles Syarikat.
  12. Satu (1) salinan Senarai Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Pendaftar
  13. Syarikat/Setiausaha Syarikat.
  14. Satu (1) salinan Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat.
Bagi Permohonan Oleh Penerima Surat Wakil Kuasa
  • Satu (1) salinan surat wakil kuasa yang telah didaftarkan di Mahkamah dan difailkan di Pejabat PTG/Pejabat Tanah.
  • Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.

Isnin, 4 April 2011

kerja`kerja ukur di dalam hutan

pada tahun lepas saya ada buat kerja`kerja ukur sempadan di kawasan gombak yang cantik hutan hujan yang tidak dapat saya lupakan


hutan yang sejuk dan nyaman sambil bunyian burung yang berkicau huh memang segar otak ku hari tuu


lereng bukit yang tengak memang seronak bila gelunsur dari atas bila hendak turun kerana licin nya secara semula jadi wauuu basah laa punggung dengan embun pagi yang sejuk


kerja`kerja mendaki gunung mmg seronok pula dengan pacat`pacat yang datang tanpa di undang hari tuu aku di gigit ngan pacat 4 ekor bila nak solat zohor memang susah skit sebab bila kena gigit ngan pacat gunung nie darah yang keluar meleleh susah nak berhenti apa lagi tutup ngan selotape laaa