Pecah Sempadan
Pengenalan
Proses memecah bahagian atau memecah sempadan tanah membolehkan pemiliknya memecahkan tanah kepada beberapa unit kecil. Ini dilakukan apabila pemilik berhasrat membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan yang lebih produktif atau untuk menjual atau memindahmilik sebahagian daripada tanah yang dimiliknya kepada pihak-pihak lain.
Untuk tanah pertanian luas minima setelah dipecahkan hendaklah tidak kurang dari satu ekar yang bersamaan dengan lebih kurang 0.4 hektar, manakala bagi tanah kegunaan lain hendaklah mengikut keluasan minima yang dibenarkan oleh Undang-undang Kecil Bangunan, Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk membangunkan tanah kepada pelbagai kegunaan, pemilik perlu memohon ubahsyarat selepas memecahkannya. Misalnya tanah pertanian yang hendak dibangunkan untuk perumahan dan perniagaan perlu diubahsyarat secara berasingan kepada kegunaan-kegunaan baru, oleh kerana syarat serta cukai adalah berlainan bagi kedua-dua kegunaan tersebut. Oleh itu pemilik atau pemilik-pemilik perlu memecahkan tanah kepada beberapa lot yang lebih kecil, selaras dengan kehendak Undang-undang yang berkuatkuasa, diikuti dengan permohonan ubahsyarat dengan mengasingkan lot untuk perumahan, lot untuk kegunaan pertanian dan kegunaan-kegunaan lain.
Perbezaan antara permohonan Pecah Bahagian dan Pecah Sempadan ialah bagi pecah bahagian, kesemua nama pemilik yang terdapat di atas hakmilik asal akan didaftarkan di atas setiap Hakmilik unit baru. Pecah Sempadan pula bermakna nama yang berasingan akan didaftarkan atas Hakmilik baru yang berasingan.
Penyatuan Tanah:
Selain dari itu jika pihak mempunyai beberapa keping tanah yang bersebelahan, yang berpegang dengan jenis Hakmilik yang sama, syarat-syarat Nyata dan kegunaan yang sama, tanah-tanah tersebut boleh dicantumkan menjadi satu di bawah proses yang disebut Penyatuan Tanah.
Untuk kemudahan, pemilik pada lazimnya melantik Jurukur Berlesen untuk mengukur tanah dan mengemukakan (bagi pihaknya) permohonan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan, atau Penyatuan Tanah ke Pejabat Tanah.
Kuasa Meluluskan
- Pengarah Tanah dan Galian bagi Hakmilik Pendaftar.
- Pentadbir Tanah bagi Hakmilik Pejabat Tanah.
Borang Yang Digunakan
Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan Tanah | Borang 9A |
Permohonan Untuk Memecahkan Bahagian Tanah | Borang 9B |
Permohonan Untuk Menyatukan Tanah | Borang 9C |
Bayaran
Bayaran Pelan | RM10.00 seplot |
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Sementara | RM20.00 seplot |
Bayaran Pendaftaran Hakmilik Kekal | RM20.00 seplot |
Bayaran Ukur | Sila lihat Jadual Bayaran Ukur |
Dokumen Yang Perlu Disertakan:
Bagi Permohonan Perseorangan
Empat (4) salinan :-
Empat (4) salinan :-
- Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
- Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
- Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah
- Lima belas (15) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
- Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
- Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
- Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah (jika menggunakan perkhidmatan Jurukur Berlesen).
- Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan (jika berkaitan).
- Resit bayaran permohonan RM30.00 seplot.
- Satu (1) salinan borang butir-butir diri pemohon.
- Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon.
Bagi Permohonan Syarikat
Satu (1) salinan :-
Satu (1) salinan :-
- Borang 9A bagi Permohonan Untuk Memecahkan Sempadan tanah, atau
- Borang 9B bagi Permohonan Untuk Memecah Bahagian Tanah, atau
- Borang 9C bagi Permohonan Untuk Menyatukan Tanah.
- Satu (1) salinan pelan.
- Satu (1) salinan Dokumen Hakmilik Daftar yang diakui sah.
- Satu (1) salinan resit cukai tanah tahun semasa.
- Satu (1) salinan surat perlantikan Jurukur Berlesen daripada Lembaga Jurukur Tanah.
- Satu (1) salinan surat kebenaran orang yang berkepentingan.
- Satu (1) salinan resit bayaran permohonan sebanyak RM30.00
- Satu (1) salinan Resolusi Syarikat.
- Satu (1) salinan Perlembagaan/Memorandum dan Articles Syarikat.
- Satu (1) salinan Senarai Lembaga Pengarah (Form 49) yang disahkan oleh Pendaftar
- Syarikat/Setiausaha Syarikat.
- Satu (1) salinan Penyata Pembahagian Saham (Form 24) atau Perpindahan Saham (Form 32A) yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat/Setiausaha Syarikat.
Bagi Permohonan Oleh Penerima Surat Wakil Kuasa
- Satu (1) salinan surat wakil kuasa yang telah didaftarkan di Mahkamah dan difailkan di Pejabat PTG/Pejabat Tanah.
- Dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas.
salam,, saya nk tanya. apa perbezaan proses pecah bahagian dan pecah sempadan, dan apa perbezaan antara penandaan semula dan demarkasi?
BalasPadambahagian ni adalah proses penentuan hak milik yang tlah diberikan oleh pemilik kpd yg dikehendaki or mengikut syarat2 yg tlah ditetapkan ( faraid or etc...) dan ia mestilah dirancang dan diplot dahulu seblum turun site dan buat ukuran tanah....... manakala sempadan adalah pecahan yang akan diukur dan ditanam batu sempadan nya setelah ukuran dan kiraaan dibuat dengan bearing dan jarak yang dikira dgan kaedah missing line.....batu sempadan yg tlah ditanam akan ditanda untuk rujukan pemilik serta didaftarkan seterusnye...............
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padamsalam tuan..nak bertanye..semoga dpt mnjawab..kalau tanah pertanian kt nak pecah lot jadi lot2 rumah, kena tukar syarat tanah dlu ke atau boleh pecah lot dlu baru tukar status tanah?atau boleh buat serentak?
BalasPadamt.kasih
tukar syarat dan pecah serentak....jimat masa,kos, dll. 017-254 9771
BalasPadamTuan,
BalasPadamSaya perlu jurukur yang berpengalaman di kawasan paya jaras hilir,
satu Tanah lot perlu di ukur dan di tanda sempadan ,
Sekian terima kasih.
Assalam tuan, saya mohon penjelasan sedikit di sini berkenaan proses pecah lot dan proses ubah syarat, berapa lamakah tempoh yg ditetapkan oleh pejabat tanah utk proses ini?
BalasPadamTanah 2 ekar, pertanian. Nak dipecahkan lot utk tujuan pembinaan sebuah rumah bg setiap lot. Ini situasi saya. Terima kasih tuan.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalm tuan..mhon tya..sy ada 1 lot tanah berkongsi 3 nama atas 1 geran...sblum ni sy baru selesai ubah status dr pertanian kpd bangunan...next stge sy akn pecah smpadan utk dptkn geran milik masing2...adakh rugi sy tkar status sblum ni tnpa lakukan serentak proses pecah smpadan? msa nk buat xde pula org kt pjabat tnah bgtau...cuma yg sy d mklumkn tidak boleh pcah smpdan klau status blum selesai..kt situ aje dh mkn masa 1 thun lbih...kmudian brape anggaran kos utk pecah smpadan...T kasih
BalasPadamassalamualaikum,saya nak tanya kami sekeluarga mempunyai 5 hektar stngah tanah di kampung kuala penyu tapi tanah kami tidak memiliki geran,tanah itu ada lah waris nenek moyang .sekarang bapa saya telah meninggal.kami cuma mempunyai satu resit atas nama bapa yg di pnggil plastisen ka x silap saya.bagaimana cara membuat geran?sebab dah lama tdak di urus..kami pernah urus rm 4k sudah terbang..itu pun masih x cukup..ada kah betul geran tanah yang akan di urus itu perlukan wang yang banyak sehingga berpuluh ribu?
BalasPadamAssalamualaikum..
BalasPadamayah mempunyai tanah yang diwariskan oleh datuk sy.. perlu dibahagi 4.. status camnih
keluasan 2.7 ekar status pertanian (harga dinilai oleh pejabat tanah rm250k untuk keseluruhan)
perlu dibahagi 4 jadi perlu tukar status kepada kediaman..
persoalannya berapakah harga untuk seluruh proses pecahan sehingga mendapat geran asing2.. maksudnya 4 geran
salam. tuan. saya ada dua lot Tanah (corner & intermediate ) bersebelahan. saya nak bina sebuah bunglo di atas dua lot tersebut.
BalasPadambagaimana proses penyatuan dilakukan. berapa lama presedur tersebut.
bolehkah kami buat proses kelulusan bangunan di DBKL diwaktu proses penyatuan tanah dilakukan.
terima kasih.
en nak tanya biasa buat survey area kuala langat?
BalasPadampape whatsapp kat no ni 01123643208
Assalamualaikum, saya nak tanya pasal pecah sempadan sebab arwah tok saya dulu penrnah beli tanah pertanian bersama sama beberapa kawan kawan lain. Rumah pun dah dibuat berdasarkan ukuran rantai mengikut masa itu. Setelah pemilik semua dah meninggal pewaris mula menuntut hak masing nasing ikut pecahan yg telah dibuat oleh arwah areah dulu. Memandangkan tanah setiap pemilik kurang dari satu ekar didalm tanah pertanian, ada waris yg mengatakan bahawa sebahagian rumah datuk saya dah masuk kedalam kawasan dia. Bagaimana untuk di buat pengukuran semula dan boleh kah dia mengarahkan saya untuk merobohkan bahagian yg dah termasuk ke kawasan dia dalam 3 kaki.Saya telah tinggal dirumah itu sejak kecil dan telah membuat tawaran untuk membeli bahafgian yg telah masuk lebih kurang 3 kaki itu tapi dia berkeras. Bagaimana saya boleh tahu sempadan milik arwah datuk saya berdasarkan pancang yg dibuat masa dulu? Sempadan yg dimaklumkan sebagai milik dia tidak dapat saya pastikan kerana didalm pelan besar tiada batu sempadan bagi tiap tiap lot rumah yg di bina sidalm satu pelan besar tanah pertanian. Di mengugut akan membawa jentolak untuk merobohkan rumah saya yg termasuk kekawasan dia atas dasar untik di bangun kan kelapa sawit atau pun perumahan. Bagaimana saya nak atasi masaalah ini. Tolong bantu..terima kasih.
BalasPadamTak semudah itu dia nak tolak rumah saudara. dia perlu dapatkn perintah mahkamah dulu.
PadamAs salam. Saya ada masalah disini. Saya nak buat pecah geran. Tanah 3ekar ada 3penama. Jadi nak buat geran tu jadi satu ekar seorang. Apa perlu saya buat dan kos anggaran. Sebab saya nak apply rumah mesra rakyat. Harap boleh tolong saya. 0122484022. Terima kasih
BalasPadamSaya ada memebeli tanah lot geran bersama, nama ada di dalam geran, untuk tukar status tanah dari pertanian ke pembangunan perlukah minta persetujuan semua penama di dalam geran utk tukar status pembangunan atau lebih mudah tukar status bahagian sy sendiri tanpa persetujuan penama yg lain, tanah dah di pecah bahagian masing².
BalasPadamtumpang tanya sy ada beli tapak rumah berukuran 0.40 ekar.macam mana nak tahu keluasan tapak rumah itu?
BalasPadam