Ahad, 9 April 2023

Ukur Tanah di Bukit sungai Putih Ampang Selangor

Assalamualaikum selamat berpuasa 
harini 10/04/2023
lama tak menulis cerita dalam blog ni
rasa rindu pula .. 

baru2 ni ada buat kerja ukur di rumah seorang ustazah di jalan khalifah yazid bukit sungai putih ampang selangor ustazah ni seorang yg lemah lembut baik orang nya setelah suami dia meninggal dia panggil saya untuk semak sempadan rumah dia sedia ada untuk kepastian sahaja sebab kata nya dari dia bersangka yg macam2 lebih baik dia ukur sekurang2 nya dia tahu sempadan sebenar sempadan tanah rumah dia walau pun rumah nya telah siap lama 

sebelum ni arwah suami dia yg tahu hal berkaitan sempadan rumah tapi bila suami telah tiada semua tanggung jawab keluarga dia yang galas mmg agak memenat kan bila menjadi seorang ibu yang memikul segala tanggung jawab keluarga 

tapi apakan daya semua perlu ditempuhi dengan sendiri nya menggalas tanggung jawab semua nya



                     tanda sempadan yang telah siap di tanda di bahagian depan tapak





tanda di bahagian depan tapak rumah 
kawasan sini kampung bukit sungai putih untuk bacaan trabas ada setengah tempah seperti ada anjakan 0.600mm dan kebanyakan nya dalam 0.150 mm jadi dari segi ukur trabas saya mengambil keputusan menggunakan ukuran trabas yang paling rapat 







ini adalah gambar PA (pelan akui) pelan akui iaitu pelan ukur yang boleh dapat di jabatan ukur pemetaan malaysia di pej ukur tanah di plaza masalam seksyen 9 shah alam level17 yang mana pelan ni adalah rujukan semua juruukur setiap jurukur yg nak ukur tanah tuan-tuan mereka akan rujuk dahulu dari pej ukur dengan menbeli pa-pa seperti ini dan seterus nya buat kira plot2 ditapak bagi kerja2 menanda pancang diatas tapak kelak







alhamdulillah syukur kerja telah siap dengan baik nya inilah sedikit perkhidmatan saya buat untuk masyarakat diluar sana harap kerja yg sedikit  menberikan manfaat yg baik bagi mereka diluar sana