Sabtu, 26 Ogos 2023

kerja ukur sempadan tanah di atas lot 108619 Kampung Jenderam Hulu Sepang Selangor

 

Asslamualaikum syukur pada 3/8/2023 telah selesaikan satu kerja ukur sempadan tanah setengah ekar di jenderam hulu 

 

tujuan pemilik tanah untuk tanda sempadan bagi melaksanakan kerja2 pembersihan kawasan tapak nya yang hendak diusahakan dan untuk menbina pagar dan bercucuk tanah diatas tanah yg telah terbiar faktor kekangan masa

 

kerana pemilik tanah risau ditakuti pagar yg dibuat nanti termasuk diatas tanah jiran jadi pemilik tanah menbuat keputusan tepat untuk melantik juruukur tanah bagi menanda sempadan tapak dengan betul dan berlandaskan kedudukan kiraan  jabatan ukur tanah malaysia 









batu JUP jupem sedia ada dijumpai diatas tapak ia itu sempadan tanah yg ditanda oleh juruukur sebelum ini telah di jumpai




sepadan cantik duduk ditengah2 longkang yg dibina bermakna longkang yg dibina duduk diantara sempadan jiran


tanda sempadan di sebelah kanan di hadapan tanah



tanda sempadan bahagian depan sebelah kiri dan duduk berdekatan dengan meter pipe air yg dibuat sebelum ini




tanda di sebelah belakang kanan




tanda dibuat di tengah tanah bagi memudahkan kerja2 pemasangan pagar kelak




tanda di tengah2 line di dalam kawasan hutan asal diatas tapak





dalam melaksanakan kerja ukur hutan dan belukar memang sukar di pisah kan kebiasaan nya kalau bila ada semak atau hutan kerja akan menjadi sukar dan mengambil lebihan masa utk menyiapkan kerja sebab tu sekiranya tanah hutan belukar akan ada sedikit charge tambahan adalah disebabkan masa kerja bertambah ...